Sunday, January 10, 2010

Isu Kalimah Allah

Isu penggunaan kalimah ALLAH oleh majalah Herald-The Catholic Weekly baru-baru ini tidak menggembirakan masyarakat Islam di Malaysia. Pertikaian yang bermula sejak 7 Januari 2009 selesai dengan perintah Mahkamah Tinggi oleh hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh majalah tersebut.

Ini ditambah pula dengan bukti-bukti yang diyakinkan oleh penganut agama Kristian di Borneo yang mengatakan bahawa mereka telah menggunakan kalimah Allah hasil terjemahan daripada kitab Bible yang diterjemahkan Lord God kepada Allah dalam Al-Kitab. Sila klik di sini untuk keterangan lebih lanjut.

Setelah ianya menjadi isu kepada negara, ramai tokoh-tokoh Ulama dan pemimpin politik di Malaysia daripada dan juga penulis-penulis blog yang proBN dan proPakatan mengeluarkan pendapat masing-masing tentang isu ini. Sila klik di sini. Sesetengahnya blogger Pakatan berpendapat bahawa isu ini hanyalah untuk menyembunyikan isu-isu yang sedang berlaku di negara ini seperti kes keajaiban 'David Copperfield' menghilangkan enjin jet, isu kenaikan gula dan akan datang kenaikan harga minyak. Sila klik di sini.

Para pemimpin UMNO yang berasakan jaguh Islam di negara ini segera mengeluarkan pendapat masing-masing supaya kalimah Allah ini tidak digunakan oleh kaum lain kecuali umat Islam sahaja. Bertentangan pula dengan pandangan daripada pemimpin Pakatan Rakyat terutama daripada pemimpin PAS yang kebanyakkannya ulama Islam terkenal di negara ini yang tidak menyalahkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kerana Allah adalah Tuhan Semesta Alam.

Penggunaan kalimah Allah hendaklah dilihat dari sudut yang pro dan kontra. Jika kontranya lebih tinggi maka sesuatu perlu dilakukan supaya kalimah Allah tidak dipermainkan. Pendemo jalanan berani menyuarakan bantahan dan meluahkan perasaan sehingga sanggup membakar gereja-gereja semata-mata sayangkan kalimah Allah dipermainkan namun hati mereka tidak sayangkan Allah secara total. Mengapakah makna kalimah Allah itu dari segi politik, undang-undang Islam, negara Islam, sunnah dan hadis Nabi ditolak tepi?

Mungkin kebanyakkan umat Islam yang percaya bahawa ada agenda tersembunyi yang akan dilakukan oleh paderi-paderi di Sabah dan Sarawak dengan penggunaan kalimah Allah ini. Bagi kita yang sudah Islam tetapi masih cetek ilmu agamanya senang-senang sahaja dipesongkan akidah kerana bayangkan ada ustaz dan pak haji telah murtad setelah berdebat dengan paderi Kristian ini.

Inikan pula jika kita hanya kenal Alif, Lam, Lam Ha, tetapi langsung tidak mengenal Allah di awal pengislaman kita. Akan mudah kita keliru jika agama Kristian mengatakan Allah itu Tuhan mereka, Buddha juga mengatakan Allah itu Tuhan mereka, Hindu juga tidak menafikan Allah itu Tuhan mereka. Ini belum lagi ajaran Ayah Pin, Aurad Muhammadiah dan pelbagai tarekat yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Jadi tentu golongan muda kini yang hanya melihat agama itu satu budaya dan sesuka hati menukar agama kerana agama lain lebih sesuai berbanding agama Islam.

Yahudi akan menggunakan isu ini untuk menjerat umat Islam dengan kelebihan agama Kristian yang membolehkan hiburan, sukan, seks, keganasan yang mudah untuk diampunkan berbanding hukum Allah yang memerlukan hukuman setimpal. Lihat sahajalah kes Kartina Dewi yang belum selesai lagi dilaksanakan padahal negara kita dikatakan negara Islam. Apabila campur tangan politik berlaku kesemua undang-undang Islam akan ditangguhkan. Bagaimanakah kita hendak berdakwah bahawa kita menurut hukum Allah?

Apa yang patut diakukan untuk penyelesaian isu ini ialah meja bulat antara semua parti politik, tokoh-tokoh ulama proBN dan proPakatan dan majlis Fatwa Kebangsaan dengan segala pak-pak mufti hadir dengan mengetepikan fahaman masing-masing demi mendaulatkan kalimah Allah ini. Jika hanya hadir untuk menunjukkan siapa yang menjadi hero dalam isu ini akan menyebabkan orang Kristian akan bertepuk tangan kerana propaganda mereka selama ratusan tahun telah berjaya untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia telah berjaya.